Catatan rantauan seorang suri

Dalam kehangatan Tokyo

Saturday, September 01, 2007

Cuti sudah berakhir...

Salam Merdeka

Saya berpindah blog...aini dan keluarga

Sunday, August 26, 2007

Cuti nan panjang

Salam buat teman dan saudara semua

Harap maklum...saya akan bercuti dari memblog...untuk tempoh yang saya sendiri tak pasti...

Thursday, August 09, 2007

Masjid Ijede Lagos ... Nigeria








Saya menerima email ini dari Abang saya yg berada di Lagos..rasa terpanggil untuk di kongsi bersama... Tangan kanan memberi tanpa tahu dek tangan kiri... Marilah kita sama-sama membantu.


Masjid Ijede, Lagos, Nigeria


Assalamualaikum semua,

Mungkin ada yang masih mengenali dan juga mungkin ada yang sudah terlupa nama saya. Untuk pengetahuan tuan-tuan dan puan-puan semua nama saya ialah Ros Saidi bin Abdul Rahman, daripada Asset Dynamics Asia Sdn Bhd. Sekarang ini saya berada di Lagos, Nigeria untuk Reliability Centred Maintenance (RCM) project dengan salah satu Independent Power Producer (IPP) di Nigeria. Saya insyallah akan pulang ke Malaysia pada 8 Aug 2007 dan kembali semula ke Lagos pada 1 Sept 2007.

Baru-baru ini saya telah menunaikan solat Jumaat disalah satu masjid berdekatan dengan tempat kerja, Masjid Ijede. Masjid ini telah mula dibina sejak 1964 tetapi malangnya sehingga sekarang masjid ini masih belum dapat disiapkan kerana masalah kewangan. Memandangkan saya hanya orang asing yang berjemaah masa itu, saya menjadi perhatian dan imam mengumumkan dalam khutbahnya untuk berjabat tangan dengan saya. Selepas solat, saya berjumpa dengan imam ditemani oleh rakan sekerja. Rakar Sekerja saya En Mansour merupakan salah seorang AJK masjid tersebut. Saya berjanji dengan Imam tersebut untuk cuba mendapatkan bantuan kewangan semasa pulang ke Malaysia dan beliau sungguh gembira kerana berharap bantuan tersebut dapat membantu menyiapkan masjid tersebut.

Tujuan saya menghantar email ini ialah untuk memohon derma daripada tuan-tuan dan puan-puan semua. Derma ini akan saya serahkan kepada AJK Masjid untuk membantu mereka menyiapkan masjid tersebut bila saya datang menyambungkan tugas di Lagos pada 1 Sept 2007. Saya merasa sedih bila berjemaah disitu kerana kawasan sekeliling masjid "literally" dipenuhi dengan gereja. Setiap ceruk kita akan jumpa gereja dan gereja-gereja ini sempurna binaannya.

Untuk pengetahuan semua, penduduk Islam di Ijede lebih kurang 20,000 (30% daripada jumpah penduduk). Walaupun bilangannya agak ramai tetapi tahap ekonomi mereka amat menyedihkan. Kebanyakkannya makan pagi kasi pagi makan petang kais petang. Menurut En Mansour, antara cabaran besar masyarakat Islam di Nigeria ialah kekuatan pengaruh Kristian memurtadkan penduduk Islam. Untuk menangani masalah tersebut, pihak masjid Ijede membuat majlis dakwah dengan memberi bimbingan dan bantuan kepada penduduk-penduduk sekitar setiap hari Rabu dan Sabtu.

Disertakan sama dalam email ini gambar-gambar masjid Ijede yang saya rakamkan pada 3 Aug 2007 untuk renungan kalian semua.

Kepada sesiapa yang ingin menyumbangkan bantuan kewangan menyiapkan masjid Ijede, anda boleh membuat bantuan melalui Maybank akaun saya. Saya bukan memungut derma secara profesional jadi saya tiada akaun khusus untuk derma masjid ini. Oleh itu kepada sesiapa yang menghulurkan bantuan, saya minta kalian boleh email/telefon saya nama dan jumlah yang didermakan. Ini akan memudahkan saya mengetahui jumlah yang didermakan dan akan menyampaikan jumlah tersebut kepada AJK Masjid Ijede.

Email address: rossaidi@assetdynamicsasia.com.

Butir-butir akaun saya:

Nama: Ros Saidi bin Abdul Rahman
IC: 670708-07-5001
Bank : Maybank, Jalan Ipoh, Kuala LumpurAkaun : Current Alwadiah
No Akaun: 564070336109
Tarikh akhir derma diterima : 29th Aug 2007 (ini akan memberi saya masa untuk mengira dan menukar wang tersebut ke USD)

Kepada sesiapa yang ingin menghubungi saya untuk mengetahui lebih lanjut mengenai masjid ini, kalian boleh tel 0123702940 (selepas 9th Aug dan sebelum 31 Aug). Alamat kediaman No 12, Jalan Pualam 7/32, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor

P/S: Tolong sebarkan supaya kita dapat membantu muslim yang memerlukan bantuan. Insyallah bantuan kalian akan diberkati Allah SWT.

Wassalam

Ros Saidi Abdul Rahman
Asset Dynamics Asia Sdn Bhd
Tel:+603 2039 4751
Fax:+603 2031 8359
Mobile: +6012 370 2940

Friday, August 03, 2007

Hadiah istimewa




Sedang saya bersantai rehat di bilik sambil menonton TV, suami kesayangan pulang membawa satu beg hadiah, agak besar...dan saya terus tersenyum. Kerana hari ni bukan nya hari lahir saya, bukan juga anniversary perkahwinan kami.. Namun begitu setiap hari adalah hari hari yang amat istimewa.

Selepas maghrib, saya tak sabar membuka hadiah tersebut..walaupun dari luarnya saya dah boleh mengagak apakah hadiahnya..

Terima kasih banyak banyak buat suami....( saya memang suka sgt sgt sgt durian..)

Thursday, May 17, 2007

Ikan





Pada suatu hari, sebaik bangun tidur anak bongsu saya menyebut "fish" dalam bahasa yang agak pelat. Saya puas menunjuk berbagai jenis makanan, kek ! biskut! air ini!, yang ini!.. semua katanya "NO".

Hinggakan akhirnya barulah tahu, dia hendak kan IKAN. Saya agak pelik dan hairan. Demi kasihkan anak, dalam hujan saya ke Shibuya. Malangnya kerana tak pernah ada haiwan peliharaan, saya tak jumpa kedai ikan/saya tak tahu mencari kedai ikan. Yang saya nampak kedai pet. semuanya kedai anjing belaka.

Akhirnya dalam perjalanan balik, rupanya tak jauh dari rumah, ada satu kedai menjual ikan. Bermacam ikan dan peralatan ada. Saya membeli 10 ekor ikan yg kecil kecil. Balik rumah..masukkan dalam balang kaca.
Naim, tak lepas pandang dengan ikan. Entah apa mimpi semalam. Seharian...bangun aje tidur, terus pergi tengok ikan..kadang dia ketawa dan begitu gembira dengan ikan ikan nya.

Sehingga hari ini, saya masih tak faham..apa seronoknya memerhati IKAN

Monday, May 14, 2007

Ashikaga yang indah



Ini slide show saya yang pertama. Setelah penat mentelaah , akhirnya dengan bantuan Sensei Halela, saya berjaya men slide show kan kenangan di Ashikaga Flower Park pada cuti Golden Week yang lalu.


Bunga yang cantik berjurai itu dikenali sebagai bunga fuji (agaknya seperti salji di gunung fuji. Nama /moden bunga tersebut adalah westris. Memang mengkagumkan dan sungguh cantik.


Perjalanan ke Ashikaga di Tochigi Prefecture mengambil masa lebih kurang 1-2 jam, Sebaik sampai di tol berhampiran Ashikaga, kereta sudah berderet deret, perjalanan sejauh 15 km mengambil masa hampir sejam lamanya. Ramainya umat manusia di sini rupanya. Kepenatan kami terubat sebaik menjejak masuk ke pintu taman ini. Kami begitu terpegun dengan kecantikan dan keunikan bunga westris yang harum dan cantik itu.

Bahasa Jepun hari ini

Watashiwa to farah chan ishoni ikebana gakko desu. Omoshiroi neee..

Labels:

Tuesday, May 08, 2007

Kelas bahasa

Hari ini hari ke 6 saya ke kelas bahasa Jepun setelah ponteng beberapa kelas. Saya dapati bahasa jepun begitu susah untuk dipelajari. Saya kerap menonton TV Jepun (di rumah) dan mendengar radio Jepun( J-wave dlm kereta). Namun berbaris-baris ayat yang diucapkan, kadang-kadang 1 perkataan pun saya tak faham. Yang paling kelakarnya, bila saya merepek-repek dalam bahasa Jepun di kedai sayur (yasai-ya). Obasan begitu memuji saya kononnya saya begitu pandai berbahasa. ( memang tercabar...)

Hari ini sensei mengajar past tense dan future tense. Katanya masu-home untuk future tense dan mashita home untuk future tense ( semua menulis masu home...rupa-rupanya masu form dan mashita form).

Penat belajar bahasa Jepun kerana tak tau nak membaca.. apabila dengan susah payah saya membaca, tak faham pulak apa makna yang dibaca...


Sebagai ingatan untuk saya ..yang dipelajari hari ini

Present Form Past Form

okimasu (bangun tidur) okimashita(dah bangun)
nemasu (tidur) nemashita (dah tidur..semalam la)
benkyooshimasu(belajar) benkyoshimashita ( dah belajar ..pagi tadi )
hatarakimasu (kerja) hatarakimashita (dah kerja..semalam)


contoh ayat

ima wa watashiwa benkyoshimasu
kino wa watashiwa yasumimashita